HOSPITAL MESRA IBADAH

HOSPITAL SULTAN ISMAIL

Sejarah

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSI) telah mula memperkenalkan Konsep Hospital Mesra Ibadah bermula pada tahun 2010 dengan

penubuhan dan pelantikan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah di bawah program Penerapan Nilai-Nilai Islam. Penubuhan jawatankuasa HMI pada awalnya hanya melibatkan jururawat dan doktor sahaja. Perkara asas yang ditekankan pada ketika itu adalah program membudayakan al-Quran dan bantuan ibadah kepada pesakit (bersuci dan solat).

Pada tahun 2012, Jabatan Perdana Mentari di bawah JAKIM telah menempatkan seorang Pegawai Agama di Hospital Sultan Ismail bagi melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya berkaitan hal ehwal Islam.

Pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah diperkukuhkan lagi dengan melaksanakan pelbagai perancangan tahunan bagi membangunkan dan memantapkan HMI di samping membangunkan sahsiah diri staff agar dapat membantu pelanggan HSIJB terutama berkaitan ibadah.

HMI telah menyediakan perkhidmatan khidmat bimbingan beribadat dan kerohanian kepada pesakit ,waris dan staff.

Turut menyediakan dan memastikan persekitaran yang memudahkan pesakit, waris dan staff beribadah. Contohnya seperti : Kit Solat, Arah Kiblat, Telekung, Sejadah, Surau dll.

Visi

Menjadikan HSIJB sebuah Hospital Mesra Ibadah

Misi

  1. Memastikan pesakit, waris dan staff menunaikan ibadah solat.
  1. Menyediakan kemudahan dan aktiviti yang memudahkan untuk beribadah.

Fokus

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Close Menu