Ketahuilah 9 Tanda Amaran Kanser
- Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid
- Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara
- Perubahan pada amalan membuang air besar
- Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini
- Suara garau lebih dari dua minggu
- Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga yang berdengung
- Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut
- Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan
- Batuk yang berterusan dan kahak berdarah
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ia tidak semestinya kanser. pastikan ia bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera
Bagaimana Mencegah kanser?
- Jangan merokok
- Makan makanan yang seimbang – kurang lemak dan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
- Kekalkan berat badan yang optima dengan senaman
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
- Elakkan seks dengan berbilang pasangan
- Elakkan makan sirih dan/atau menyintil tembakau
- Pastikan anak anda dapat imunisasi Hepatitis B yang lengkap
- Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan
- Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika mengalami tanda-tanda amaran kanser
Pastikan anda mengamalkan langkah-langkah kesihatan ini untuk menjauhi kanser
Dipetik daripada :
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
sumber: http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/info-sihat/241-kanser-awal-dijejak-langkah-yang-bijak