KAD ALAHAN UBAT
- Apakah itu alahan ubat
Alahan ubat merupakan kesan ubat yang tidak diingini dan memudaratkan ; yang diberikan pada dos biasa untuk tujuan pencegahan penyakit, diagnosis atau rawata.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tidak berlaku kepada semua orang.
Alahan kepada ubat boleh berlaku pada tahap yang berbeza. Alahan ringan adalah seperti ruam pada kulit atau bibir/mata mengjadi bengkak manakala tahap serius boleh melibatkan organ utama badan dan boleh mengancam nyawa.
- Tujuan kad alahan diberi kepada pesakit
Kad alahan diberikan kepada pesakit yang dikenalpasti mempunyai alahan kepada ubat tertentu.
Kad ini membantu anggota kesihatan untuk mngelakkan dari memberi ubat yang vtidak boleh diambil oleh pesakit.
- Peringatan kepada pemegang kad
Pesakit mestilah diterangkan mengenai nama ubat, jenis ubat dan alahan pesakit dan komplikasi yang boleh diakibatkan oleh ubat berkaitan.
Kad alahan ini mesti dibawa bersama-sama dan ditunjukkan setiap kali pesakit berjumpa doctor/ahli farmasi/doctor gigi/anggota kesihatan lain untuk mendapatkan rawatan.