DIETETIC

LATAR BELAKANG JABATAN/ BAHAGIAN/ UNIT
Jabatan Perkhidmatan Dietetik Dan Sajian (JDS) berada di Aras 1, bersebelahan Stor Perubatan.
MISI
Kami bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan makanan yang berkualiti kepada pelanggan kami iaitu pesakit dan anggota yang layak, bersesuaian dengan keperluan mereka serta dalam lingkungan peruntukan kewangan yang diberikan.
VISI
- Komited dalam membekalkan serta mengekalkan standard kebersihan yang tinggi bagi penyediaan makanan serta melindungi kesihatan anggota serta pesakit.
- Mengekalkan standard kualiti bagi kebersihan makanan yang tertinggi dan mengurangkan risiko kontaminasi.
- Menggunakan sepenuhnya faedah dan keberkesanan persekitaran elektronik dalam proses menuju kecemerlangan di dalam pengurusan makanan pesakit, anggota dan juga dalam pengurusan personel.
OBJEKTIF
- Untuk membangunkan standad kualiti yang tinggi bagi pengeluaran dan persembahan makanan.
- Untuk beroperasi dengan cekap / berkesan dalam lingkugan peruntukan bajet / kewangan yang diberi serta mengurangkan pembaziran.
- Untuk mempromosikan latihan anggota dan pembelajaran berterusan.
- Untuk menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat dan memantau amalan pekerjaan yang selamat.
- Untuk melaksanakan program kawalan kualti.
- Bersedia untuk menghadapi cabaran perubahan masa hadapan.
- Untuk bekerjasama dengan lain-lain jabatan / unit bagi memperbaiki kualti penjagaan pesakit secara keseluruhan.
FUNGSI
Jabatan ini memberikan 2 jenis perkhidmatan iaitu :
- Perkhidmatan Dietetik
- Perkhidmatan Sajian Makanan / Katering
PERKHIDMATAN DIETETIK
- Dietetik Klinikal
- Rundingcara pemakanan oleh Pegawai Dietetik kepada pesakit-dalam dan pesakit-luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Pegawai Dietetik akan melaksanakan langkah-langkah ‘nutrition care’ seperti ‘nutrition assessment’, ‘nutritional prescription’, ‘nutrition monitoring’ dan ‘evaluation’ supaya pesakit mencapai tahap kesihatan yang optima.
- Dietetik Komuniti
- Pegawai Dietetik akan menyumbang kemahiran / kepakaran kepada program / aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi kerajaan / swasta dan media massa, sekiranya diperlukan.
WAKTU KLINIK DIET
Isnin, Selasa & Khamis | 9.00 pagi – 1.00 tengahari |
Petang : TUTUP | |
Rabu & Jumaat | TUTUP |
Sabtu, Ahad & Cuti Am | TUTUP |
HANYA MENERIMA PESAKIT YANG DIRUJUK OLEH DOKTOR DAN DENGAN TEMUJANJI SAHAJA.
PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN / KATERING
Jabatan ini mengamalkan :
- Sistem Hidangan Berpusat (‘Centralized Plating’) dimana makanan disediakan, dimasak serta dihidangkan secara individu ke dalam dulang makanan beserta set hidangan yang lengkap seperti pinggan-mangkuk, gelas / cawan dan sudu-garpu
- Sistem BasuhPinggan Berpusat (‘Centralized Dishwashing’) dimana peralatan makan yang kotor dikutip dari wad dan dibasuh di jabatan ini menggunakan mesin ‘dishwashing’ yang ada.
- Sistem Pengswastaan (‘Outsource’)
- Perkhidmatan sajian makanan bermasak di HSIJB telah diswastakan kepada satu kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan ini bertanggungjawab membekalkan :
- Makanan bermasak (Diet Normal dan Diet Teraputik) kepada pesakit-dalam, Pegawai Perubatan Bertugas Atas-Panggilan dan Pegawai Perubatan yang bertugas di Dewan Bedah melewati waktu Makan Tengahari.
- Susu Formula Bayi dan Susu Formula Khas bagi pesakit-dalam yang memerlukan
- Catuan Makan Kering (‘Dry Ration’) kepada pesakit-dalam yang memerlukan
- Catuan Malam bagi anggota hospital yang bertugas giliran malam, mengikut kelayakan berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
KEMUDAHAN
- Menu makanan yang disediakan adalah mengikut kelas iaitu :
- Menu Kelas 1
- Menu Kelas 2
- Menu Kelas 3
- Menu Kanak-kanak
- Menu Teraputik
- Pesakit-dalam (semua kelas iaitu Kelas satu, dua dan tiga) akan dibekalkan dengan empat hidangan makanan setiap hari iaitu Sarapan Pagi, Makan tengahari, Minum Petang dan Makan Malam. Tambahan Minum Pagi dan Minum malam akan dibekalkan kepada semua pesakit Diabetis.
- Pesakit di Pusat Rawatan Harian dan Wad Pemerhatian Jabatan Kecemasan (A&E) akan dihidangkan dengan Makan Tengahari, Minum Petang atau Makan Malam bersesuaian dengan kehadiran pesakit di lokasi berkenaan
- Pesakit yang mendapat rawatan harian di Unit Hemodialisis, akan dibekalkan dengan satu hidangan ringan beserta minuman dan buah.
- Pesakit mengambil Diet Normal dan Teraputik , dibenarkan memilih menu pedas, tak pedas atau vegetarian daripada menu harian yang ditawarkan.
- Hanya Pegawai Dietetik yang akan menentukan / membuat keputusan sekiranya perlu dibuat sebarang perubahan pada diet pesakit.
- Makanan bagi Ibu Mengiringi Anak akan dibekalkan sekiranya ada pesanan. Makanan adalah sama dengan menu Kelas 3.
- Makanan tidak halal, tidak dibenarkan dibawa ke dalam hospital kerana dikhuatiri mencermarkan peralatan hidangan kepunyaan pihak hospital, yang akan dibasuh secara berpusat di jabatan ini.
- Bagi makanan yang bermasalah, pihak kontraktor perlu membuat menggantikan makanan tersebut dengan segera disamping denda akan dikenakan terhadap pihak kontraktor bagi kesilapan / kesalahan yang berlaku sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Tender.
WAKTU OPERASI
Waktu hidangan makanan di wad adalah seperti berikut :
Sarapan Pagi | 7.00 pagi |
Minum Pagi | 10.00 pagi |
(untuk pesakit Diabetes sahaja) | |
Makan Tengahari | 12.00 tengahari |
Minum Petang | 3.00 petang |
Makan Malam | 6.30 petang |
Minum Malam | 9.00 malam |
(untuk pesakit Diabetes sahaja) |