CORPORATE COMMUNICATION UNIT

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat (UKK) ditubuhkan pada Februari Tahun 2014. Anggota UKK terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Penerangan (Perhubungan Awam), 13 orang Pegawai Khidmat Pelanggan dan seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Sambilan.

OBJEKTIF

Mewujudkan perhubungan baik antara hospital dengan pihak awam serta media melalui perhubungan awam yang strategik dan profesional supaya mencapai objektif hospital secara keseluruhan.

  1. Memastikan orang awam dan pelanggan mengetahui perkhidmatan yang diberikan dan diberi layanan yang baik, cepat, mesra dan berkesan.
  2. Menyelaras aduan yang diterima daripada pelanggan dan orang awam.
  3. Meningkatkan imej positif pelanggan dan masyarakat umumnya terhadap Hospital Sultan Ismail.
  4. Mewujudkan hubungan baik kepada pihak awam dan media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan demi mencapai objektif hospital.
  5. Memastikan pelanggan dan orang awam mendapat maklumat yang tepat dan terkini berkenaan perkhidmatan yang disediakan.

FUNGSI UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

1. SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT & KHIDMAT PELANGGAN

2 SEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM & MEDIA

3 SEKSYEN PENGURUSAN ADUAN

Close Menu