ADMINISTRATION

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGURUSAN
Memastikan pelaksanaan dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam dipatuhi oleh semua penjawat awam di Hospital Sultan Ismail melalui pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, Pengurusan pembangunan & aset dan pentadbiran yang berkesan, efisien dan memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan dalaman dan luaran.

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN
Terbahagi kepada 4 fungsi utama iaitu:

    1. Pengurusan Sumber Manusia
      • Memastikan pengurusan sumber manusia (kakitangan awam hospital) dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan.
      • Menyelenggara dan mengemaskini maklumat perjawatan kakitangan Hospital Sultan Ismail
      • Menyelenggara dan mengemaskini maklumat perkhidmatan kakitangan Hospital Sultan Ismail sentiasa lengkap dan terkini
      • Menyelaras penggunaan sistem HRMIS sebagai sistem utama maklumat sumber manusia
      • Menjadi pakar rujuk hal-ehwal pengurusan sumber manusia kerajaan

2.   Pengurusan Kewangan

  • Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan.
  • Merancang dan menentukan keperluan anggaran belanja mengurus Hospital Sultan Ismail
  • Memastikan kutipan hasil kerajaan dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan
  • Memastikan urusan perolehan kerajaan dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan
  • Menjadi pakar rujuk dalam hal-ehwal pengurusan kewangan kerajaan

3.   Pengurusan Pembangunan dan Aset

  • Memastikan pengurusan projek pembangunan Hospital Sultan Ismail dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan.
  • Memastikan pengurusan aset alih dan stor kerajaan dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan.
  • Menjadi pakar rujuk dalam hal-ehwal pengurusan pembangunan dan aset kerajaan

4.   Pentadbiran

  • Memastikan semua dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling kerajaan sedia ada dipatuhi semasa pelaksanaan:
    • Pengurusan sistem kehadiran kakitangan (KaizenHR)
    • Pengurusan kenderaan jabatan
    • Pengurusan majlis-majlis rasmi kerajaan
    • Pengurusan dokumen rasmi kerajaan
    • Pengurusan surat-menyurat rasmi kerajaan
    • Pengurusan kuarters kerajaan
    • Pengurusan kemudahan pinjaman kerajaan
    • Pengurusan aduan dan peti cadangan
    • Pengurusan latihan dalam perkhidmatan
  • Memastikan pelanggan dalaman dan luaran Hospital Sultan Ismail sentiasa dalam persekitaran yang selamat melalui pengurusan keselamatan yang cekap dan berkesan
  • Memastikan keselesaan pelanggan dalaman dan luaran Hospital Sultan Ismail diberi keutamaan melalui sistem perkhidmatan pelanggan yang mesra dan responsif

Sehubungan itu, sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan apa jua perkhidmatan Bahagian Pengurusan, sila hubungi:

PUAN MULIATI BINTI MUSTAFA

muliati@hsi.gov.my

TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL (PENGURUSAN)

07-3565000 ext 5003

‘PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA  ADALAH BUDAYA KERJA KITA’

Close Menu