PERUBATAN FORENSIK

Pengenalan

Jabatan Perubatan Forensik telah ditubuhkan selaras dengan penubuhan Hospital Sultan Ismail sekitar tahun 2004 bagi melengkapi institusi kesihatan yang kian berkembang pada masa kini. Ia adalah salah satu cawangan daripada Institut Perubatan Forensik negara. Jabatan ini ditempatkan di Aras 2 bersebelahan Jabatan Radiologi dan mula beroperasi pada 12 Mei 2006 dengan menerima kes kematian pertama dari wad 6C.

Fungsi

  • Melakukan bedah siasat bagi kes seperti kes jenayah (homicide), kes bunuh diri (suicide) dan kes kemalangan jalan raya (motor vehicle accident/MVA) setelah memperoloehi kebenaran polis melalui borang Polis-61/P61 dengan pemantauan Pakar Perubatan Forensik.
  • Pengambilan spesimen penting bagi menentukan sebab kematian atau membantu memberikan maklumat kepada polis dalam penyiasatan medikolegal.
  • Membaca slaid dan  menyediakan laporan  histopatologi oleh Pakar Perubatan Forensik bagi kes bedah siasat yang dilakukan dan kes yang dirujuk.
  • Melawat tempat kejadian jenayah untuk memudahkan proses “Reconstruction”.
  • Menyediakan laporan bedah siasat, menghadiri dan memberikan pendapat pakar dalam bidang forensik untuk digunakan oleh pihak polis, peguan, insurans dan mahkamah.
  • Menguruskan proses penyerahan jenazah bersama-sama permit kubur dan dokumen-dokumen berkaitan.
  • Berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara jenazah.
  • Menguruskan jenazah yang tidak dituntut kepada Pihak Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) atau badan yang berkenaan bagi yang bukan Islam.

Taburan Perjawatan

Jawatan

Jumlah

Pakar Perubatan Forensik

1

Pegawai Perubatan

1

Pegawai Sains Forensik

1

Penolong Pegawai Perubatan U36

1

Penolong Pegawai Perubatan U32

1

Penolong Pegawai Perubatan U29

2

Pembantu Perawatan Kesihatan U12

2

Pembantu Perawatan Kesihatan U3

1

JUMLAH BESAR

10

 

Tahukah Anda?

  • Setiap kes bedah siasat akan mengambil masa antara 2 – 5 jam mengikut keadaan kes).
  • Bedah siasat ke atas mayat hanya boleh dilakukan selepas mendapat Borang Polis-61 (Kes Medikolegal) / surat kebenaran waris “Inform Consent” (Kes Klinikal).
  • Semasa proses bedah siasat, hanya sebahagian kecil organ diambil untuk pemeriksaan mikroskopik dan selebihnya akan dipulangkan kepada mayat tersebut.

 

Aktiviti Dan Pencapaian

  • Menganjurkan Kursus Asas Perubatan Forensik Peringkat Negari Johor Bil 1/ 2011
  • Menganjurkan CME dan Cases Review 2 minggu sekali
  • Aktiviti Kerohanian seperti Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Pengarah Hospital

 

Perancangan Masa Hadapan

  • Menganjurkan Kursus Lanjutan Perubatan Forensik Peringkat Negeri Johor
  • Menawarkan perkhidmatan Toksikologi dan Histopatologi Forensik bagi Negeri Johor
Close Menu