/* */

Apakah bidang tugas Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital Sultan Ismail ?

  1. Sebagai “liasoning officer” (Pegawai Pengantara/Pegawai Penghubung) antara pihak hospital dengan sumber-sumber bantuan yang terdapat di luar hospital terdiri daripada Agensi-Agensi /Jabatan- Jabatan Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan, Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan/Amal dan lain-lain bagi membantu pesakit yang memerlukan.
  2. Menjalankan proses temubual dengan pesakit/waris bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi pesakit.
  3. Membuat penilaian sosio-ekonomi keatas pesakit/keluarga dan mengenalpasti perkhidmatan yang diperlukan iaitu bantuan praktikal atau terapi sokongan.
  4. Memberikan khidmat bantuan praktikal seperti mendapatkan sumber bantuan kewangan untuk membiayai kos peralatan perubatan atau ubatan, mencarikan penempatan di institusi kebajikan, mengesan waris pesakit dan lain-lain.
  5. Memberikan khidmat terapi sokongan bagi mengurangkan tekanan emosi/psikologi bagi kes-kes seperti ibu tanpa nikah, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak dan sebagainya

Comments / Complaints / Appreciation/ Proposal

forklift certification online