/* */

OBSTETRIC & GYNECOLOGIST

JAB O&G

PENGENALAN

 

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi telah beroperasi semenjak pertengahan bulan Jun, 2006 dengan purata bilangan pesakit dalam seramai 265 orang sebulan pada tahun tersebut dan meningkat kepada 1380 orang sebulan pada tahun ini. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi terletak di aras 4, bersebelahan dengan NICU, Unit Tabung Darah dan Makmal. Terdapat beberapa bahagian perkhidmatan yang telah ditetapkan fungsinya mengikut lokasi seperti Bilik Saringan (PAC), Dewan Bersalin dan Wad.

Bilik Saringan merupakan kaunter utama penerimaan kes seperti kes-kes rujukan dari Hospital Daerah, Hospital Swasta, Klinik Kerajaan, Klinik Swasta dan kes-kes yang datang sendiri tanpa rujukan dari mana-mana lokasi. Berperanan penting untuk melakukan pemeriksaan dan penilaian kemasukan kes-kes baru sama ada kes yang disaring akan ke Dewan Bersalin, Wad Antenatal atau ke Wad Ginekologi. Ia mempunyai 6 buah katil yang digunakan untuk tujuan memeriksa pesakit.

Dewan Bersalin mempunyai 17 buah bilik bersalin, dimana 4 buah bilik dikhaskan untuk High Dependency Unit (HDU), iaitu bilik 1 hingga 4. Manakala 13 buah bilik lagi digunakan untuk ibu bersalin, tetapi hanya bilik 8 hingga 17 digunakan. Bilik-bilik lain bergantung pada keadaan semasa kedatangan dan kemasukan pesakit. Terdapat 4 buah wad Obstetrik dan Ginekologi iaitu Wad 4A (Antenatal), Wad 4B (High-risk Postnatal), Wad 4C (Low-risk Postnatal) dan Wad 4D (Ginekologi). Kesemua wad mempunyai 28 buah katil rasmi, dimana 8 katil untuk pesakit Kelas 2, 18 katil untuk pesakit Kelas 3 dan 2 katil untuk bilik rawatan pengasingan. Perkhidmatan rawatan pesakit luar kepada ibu hamil dan ibu mengalami sakit Puan juga disediakan oleh Jabatan ini. Bertempat di Klinik SCOG yang terletak di aras 3 bangunan hospital ini dimana rawatan diberi mengikut temu janji yang telah ditetapkan.

 

VISI JABATAN

 

Kesihatan wanita adalah tunjang kebahagiaan sesebuah keluarga.

 

MISI JABATAN

 

Menjadikan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi sebagai pusat perubatan yang memberikan perkhidmatan cemerlang dan sebagai pusat latihan.

 

OBJEKTIF JABATAN

 

  • Memberikan layanan yang mesra dan berkualiti kepada pelanggan kami.
  • Merencanakan aktiviti ke arah meningkatkan kesihatan wanita dan bayi.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk latihan dan rawatan yang terkini selaras dengan perkembangan kemajuan perubatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

Skop perkhidmatan kejururawatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ini adalah :

  • Memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berterusan kepada ibu hamil (antenatal), ibu yang mengalami sakit labor, ibu selepas melahirkan bayi (postnatal) dan wanita yang mengalami masalah-masalah sakit puan (ginekologi).
  • Memberi ibu pendidikan kesihatan berkenaan penyusuan susu ibu, jagaan kebersihan diri, kepentingan datang ke rawatan susulan dan lain-lain.
  • Menyediakan rawatan sebelum dan selepas pembedahan ‘caesarean’ secara elektif dan secara kecemasan bagi ibu-ibu hamil yang bermasalah.

 

FUNGSI JABATAN

 

Memberikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti, cekap, berkesan dan mesra kepada semua pelanggan dengan mengamalkan Budaya Korporat dalam semua perkhidmatan yang disediakan seperti :

 

  1. Pemeriksaan fizikal dan pengambilan tanda-tanda vital bagi pesakit antenatal, postnatal dan ginekologi yang hadir ke Bilik Saringan (PAC).
  2. Kemasukan pesakit antenatal yang hendak bersalin ke Dewan Bersalin daripada Bilik Saringan (PAC).
  3. Kemasukan pesakit antenatal yang mengalami masalah seperti Plasenta Previa, Diabetes Mellitus, Hipertensi atau lain-lain kes yang berisiko tinggi yang perlu tinggal lama didalam wad dan memerlukan rawatan serta pemerhatian yang berterusan.
  4. Kemasukan ibu yang telah melahirkan bayi secara vagina atau pembedahan ke Wad Postnatal untuk penjagaan dan pemerhatian yang berterusan.
  5. Memberitahu Klinik-klinik yang berhampiran dengan kes-kes antenatal dan postnatal yang telah discaj dan perlukan pemerhatian berterusan di rumah.
  6. Kemasukan pesakit-pesakit ginekologi ke wad untuk rawatan yang berterusan.

 

TEMAN KAMAR BERSALIN

 

Perkhidmatan Teman Kamar Bersalin yang disediakan didapati mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan para suami pelbagai bangsa. Dimana secara keseluruhannya, suami menyatakan begitu gembira untuk menjadi teman di Kamar Bersalin dan merasa puas hati dengan peluang yang disediakan untuk mereka. Setiap bulan bilangan suami menemani isteri di Kamar Bersalin adalah membanggakan dengan purata 525 orang (76.3%) daripada 688 orang purata kelahiran sebulan (Dalam Dewan Bersalin Sahaja).

 

AKTIVITI INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI

 

Penubuhan Hospital Rakan Bayi oleh Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultan Ismail bermula pada tahun 2007 dengan bilangan aktiviti yang dijalankan adalah minima. Kemudian perancangan aktiviti-aktiviti Hospital Rakan bayi diteruskan pelaksanaannya dengan sepenuhnya sehingga tahun 2010. Hospital Sultan Ismail tersenarai didalam Kumpulan Kerja Titisan Kasih negeri Johor bermula pada tahun 2008.

 

Aktiviti-aktiviti ini dijalankan selaras dengan objektif Hospital Rakan Bayi hospital iaitu untuk memperbaiki taraf perkhidmatan kesihatan ibu bagi melindungi, menggalak dan menyokong penyusuan susu ibu dengan mengamalkan “Sepuluh Langkah Ke arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” oleh hospital yang memberikan perkhidmatan penjagaan ibu dan bayi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti :

 

  1.  Mempamerkan Polisi pada bulan April tahun 2010 di beberapa lokasi yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi.
  2. Mengadakan Kursus “Breastfeeding Promotion and Support A Training Course for Health Professionals” untuk semua staf O & G dan Pediatrik selama 20 jam dan pencapaiannya adalah sebanyak 93.5% bagi tahun 2010.
  3. Memberi pendidikan kesihatan dan ceramah penyusuan susu ibu kepada semua ibu antenatal dan postnatal meliputi 10 topik penting berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
  4. Persediaan “Mock Survey” yang dijalankan pada 10.05.2010 dari pukul 8.00pagi hingga 5.00petang bersama Pn Wirdah bt Mohamed dan Cik Mazliyana bt Mahmud dari PKDJB bertujuan untuk memantau penyediaan Hospital Sultan Ismail ke arah Inisiatif Hospital Rakan Bayi 2010.
  5. Mengadakan sambutan “Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia” mulai 1 hingga 7 Ogos 2010 dengan tema “Penyusuan Susu Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi” dengan menganjurkan beberapa aktiviti seperti kuiz, pameran dan mengedarkan risalah-risalah atau pamphlet berkaitan

Comments / Complaints / Appreciation/ Proposal

forklift certification online