/* */

MEDICAL SOCIAL WORK

UNIT SOSIAL PERUBATAN

LATARBELAKANG
Jabatan ini memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

LOKASI
Jabatan Kerja Sosial Perubatan terletak di Aras 2, Bangunan Induk bersebelahan pintu masuk Auditorium.

PERKHIDMATAN
Dua komponen utama dalam perkhidmatan kerja sosial perubatan ini ialah:

    1. Terapi sokongan:
      Terapi sokongan ini melibatkan kerja kes social (social case work). Terapi sokongan ini berhubung kait dengan isu-isu emosi dan psikologi pesakit. Tumpuan ialah membantu mengurangkan tekanan emosi pesakit, memberi khidmat nasihat psikososial dan perundangan serta intervensi krisis.Kes-kes yang diberi perkhidmatan Kerja Sosial Terapi Sokongan adalah seperti berikut:

        • Kes cuba bunuh diri.
        • Kes keganasan rumah tangga.
        • Ibu tanpa nikah.
        • Mangsa perkosaan.
        • Penganiayaan kanak-kanak & bayi terdampar.
        • Kes psikiatri / masalah sokongan keluarga.
        • Kes kurang upaya.
        • Anak angkat / penjagaan anak.
        • HIV/AIDS / ketagihan.
        • Pesakit yang enggan bekerjasama dengan proses rawatan di sebabkan masalah tiada sokongan social / tekanan emosi.
        • Penjagaan warga tua dengan masalah sosial di kalangan keluarga.

 

    1. Bantuan Praktik:
      Tumpuan perkhjdmatan komponan ini ialah kepada bantuan praktikal bagi penyelesian masalah.Komponan Kerja Kes Sosial Bantuan Praktik:

      • Penilaian sosio-ekonomi pesakit yang menghadapi masalah kewangan*
      • Pengurusan Daftar OKU/ Pendidikan khas/latihan (bagi Orang Kurang Upaya)
      • Perancangan `discharge` kes kes pesakit kronik / psikiatri.
      • Penempatan institusi kes-kes tidak di terima keluarga atau keluarga tidak dapat di kesan
      • Pengurusan warga asing
      • Penempatan pekerjaan.

* Aspek bantuan kewangan adalah bagi tujuan sarahidup, pembelian peralatan tiruan / perubatan, makanan / ubatan khas, rawatan di IJN, MMC, PMC dan lain-lain yang berkaitan kepada pesakit.

Antara Agensi yang terlibat dalam perkhidmatan Bantuan Praktikal ini ialah:

    • Tabung Bantuan Perubatan, KK
    • Yayasan Kebajikan Negar
    • Majlis Kanser Nasional (MAKNA
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat Daera
    • Majlis Agama Islam Negeri Johor / Daerah Johor Bahr
    • Lain-Lain Pertubuhan – Pertubuhan Badan Bukan kerajaan
    • Syarikat swasta

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari Waktu Perkhidmatan
(sessi pagi)
Rehat Waktu Perkhidmatan
(sessi petang)
Isnin 7.30 pagi – 1.00 tgh 1.00 – 2.00 2.00 ptg – 5.00 ptg
Selasa 7.30 pagi – 1.00 tgh 1.00 – 2.00 2.00 ptg – 5.00 ptg
Rabu 7.30 pagi – 1.00 tgh 1.00 – 2.00 2.00 ptg – 5.00 ptg
Khamis 7.30 pagi – 1.00 tgh 1.00 – 2.00 2.00 ptg – 3.30 ptg
Ahad 7.30 pagi – 1.00 tgh 1.00 – 2.00 2.00 ptg – 5.00 ptg

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

1.  Semua kes yang dirujuk akan diambil tindakan dalam tempoh masa 2 hari bekerja. 

2.  Semua permohonan bantuan akan dimajukan kepada sumber bantuan dalam tempoh masa 14  hari

    Selepas kesemua dokumen-dokumen lengkap diterima dari doktor  yang merujuk kes dan pesakit.

 

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

BULAN ……………………..    TAHUN 2013

 

PIAGAM PELANGGAN

PENCAPAIAN

DALAM

PERATUS (%)

 

TINDAKAN SUSULAN DIAMBIL

 

CATATAN

1.        Semua kes yang dirujuk akan diambil tindakan

dalam tempoh masa 2 hari bekerja.

 

 

2.  Semua permohonan bantuan akan dimajukan kepada sumber bantuan dalam tempoh masa 14  hari

selepas kesemua dokumen-dokumen lengkap diterima dari doktor  yang merujuk kes dan pesakit.

 

 

 

Comments / Complaints / Appreciation/ Proposal

forklift certification online