HOSPITAL MESRA IBADAH HSI

Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.

MAQASID SYARIAH DALAM PERUBATAN

Akhukum fillah,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
2 Julai 2019 bersamaan 29 Syawal 1440 Hijrah.

Mukadimah

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan…

HOSPITAL MESRA IBADAH HSI

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSI) telah mula memperkenalkan Konsep Hospital Mesra Ibadah bermula pada tahun 2010 dengan penubuhan dan pelantikan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah di bawah program Penerapan Nilai-Nilai Islam.

KHIDMAT NASIHAT ( PESAKIT / WARIS / STAFF)
KURSUS PENYEMBELIHAN

Halal, suci, bersih lagi menyucikan

PENGENDALIAN IBADAH SOLAT DAN BESUCI BAGI PESAKIT
IHYA’ RAMADHAN
previous arrow
next arrow
Slider

KATEGORI

Fiqh Ibadah/Perubatan

Fiqh perubatan adalah satu perbahasan mengenai perubatan melalui kaca mata al-Quran dan hadis. Inilah ruang lingkup fiqh perubatan melahirkan ribuan permasalahan terkini yang memerlukan ijtihad. Selagi ada manusia selagi itu ada penyakit. Selagi ada penyakit selagi itu ada ubat. Selagi ada perubatan selagi itulah akan wujudnya dan berkembangnya fiqh perubatan.

FAQ Terkini

Pembangunan Aqidah

Memperhalusi isu di dalam bahagian Aqidah antaranya konsep penyakit di dalam Islam, kaitan syirik di dalam perubatan dan yang berkaitan konsep tawakkal dan usaha.

FAQ Terkini

Perkembangan Sahsiah

Mengetengahkan persoalan yang berlegar tentang akhlak dan adab serta etika pesakit dengan pengamal perubatan serta etika masyarakat pada kedua-dua golongan di atas.

FAQ Terkini

Panel Fiqh Ibadah / Perubatan

Ustaz Haji Mat Jais Bin Haji Kamos

Beliau merupakan mantan Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, JAKIM dan Jabatan Mufti Selangor. Beliau merupakan ahli panel, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, panel penasihat fiqh ibadah solat pesakit, panel penemuduga tauliah mengajar Negeri Selangor dan tafaqquh imam nikah Negeri Selangor dan pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Panel Pembangunan Aqidah

*akan ditentukan kemudian

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Panel Perkembangan Sahsiah

Dato’ Ustaz Hj Rashidy bin Jamil

Dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Terengganu. Mendapat pendidikan di peringkat Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shubra, Mesir. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dalam bidang Usuluddin. Beliau telah menghasilkan beberapa karya penulisan yang merangkumi bidang Al-Quran, Hadis, Tasawuf, Perbandingan Agama dan Novel Islam.

Doa – doa
– Doa Harian
– Doa pada setiap pertukaran syif jururawat
– Doa pesakit sedang nazak/resusitasi
– Doa pesakit menjalani pembedahan
– Doa menziarahi pesakit
– Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah

Polisi/Poster
– Adab menziarahi pesakit
– 7 perkara (Kerja Sebagai Ibadah)
– Waktu solat (pengumuman dibuat melalui system pembesar suara hospital)
– Azan berkumandang
– Panduan pakaian semasa menziarahi pesakit di hospital
– Panduan solat pesakit
– Doa-doa

Latihan/Bengkel
– Bengkel ‘Sokongan Rohani kepada Pesakit’ kepada semua staf hospital.
– Bengkel Pengurusan Jenazah
– CNE/CME ‘Hospital Mesra Ibadah’
– Ceramah agama berkaitan
– Usrah (kelompok kecil)
– Ziarah/Lawatan Pegawai Agama/Sukarelawan ke katil pesakit/rumah.

Infrastruktur/Peralatan
– Surau/Ruang solat yang bersih.
– Surah Yasin/Al Quran
– Buku Panduan Solat untuk Pesakit
– Telekung, kopiah, kain pelikat dan sejadah
– Botol Spray
– Debu tayammum
– Arah kiblat
– Borang Solat Call (Orientsi HMI Pesakit)
– Pamplet

  1. Majlis bacaan yaasin bulanan (Jabatan/Unit dan Wad)
  2. Tazkirah Mingguan (Jabatan/Unit dan Wad)
  3. Ceramah Bulanan (Jabatan/Unit dan Wad)
  4. Bulan Cinta Rasulullah SAW
  5. Minggu Cinta Rasulullah SAW
  6. Workshop Al-Fateehah
  7. Intensif Tajweed
  8. Majlis Iftar Ramadhan bersama anak yatim /fakir miskin
  9. Majlis Iftar Ramadhan (Jabatan/Unit)
  10. Majlis Khatam & Tadarus Al-Quran Perdana
  11. Tadarus Harian ( Jalan-JAlan Cari Rakan Bertadarus) – Jabatan/Unit & Wad
  12. Program ziarah kasih pesakit (harian/mingguan/rujukan)
  13. Bacaan Doa Pagi
  14. Skuad Link Nurse HMI ( Bantuan Ibadah Pesakit Di Wad/Unit)
  15. Skuad Surau Awam HMI (Pemantauan & Logistik)
  16. Sukarelawan Sahabat Ummah
  17. Pengumuman waktu solat & Laungan Azan
  18. Azan dan Iqamah bayi di wad (Mingguan)
  19. Semakan dan Tambahan arah kiblat di wad/surau/ruang solat
  20. Bimbingan rohani dan ruqyah wad, pesakit dan staf (wakil sukarelawan sahabat ummah)
  21. Kaunseling Syarie pesakit ( ibu lahir anak tak sah taraf/keganasan rumah tangga/akidah/dan lain-lain mengikut rujukan yang berkaitan)
  22. Pemantauan Pengurusan jenazah oleh pengurus jenazah ( jenazah muslim,muallaf,tanpa waris,bayi )
  23. Kursus Pengurusan Jenazah
  24. Seminar Fiqah Perubatan
  25. Seminar Penerapan Nilai-nilai Islam
  26. Kursus/Bengkel TOT Ibadah Pesakit (Tahap 1)
  27. Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit – OSC Ibadah Friendly Hospital (Tahap 2)
  28. Kursus Penyembelihan Halal
  29. Program Ibadah Qurban Berkelompok
  30. Bengkel Pembelajaran Teknik Berkhatan
  31. CNE/CME/CSE “ Hospital Mesra Ibadah ”
  32. Program Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam

Hospital Mesra Ibadah, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru menyediakan kemudahan & peralatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan kepada pesakit, keluarga waris mahu pun para petugas hospital untuk melaksanakan ibadah solat khususnya di wad-wad. Antaranya adalah seperti berikut:-

 

 

 

 

Sahabat Dakwah