TRADITIONAL & COMPLEMENTARY MEDICINE

Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru telah mula beroperasi pada 16 Januari 2008 dengan memulakan rawatan Urutan Tradisional Melayu dan Akupuntur. Rawatan herba onkologi untuk pesakit kanser dimulakan pada bulan Julai 2008.  Perkhidmatan urutan untuk ibu selepas bersalin dimulakan pada 5 Julai 2010.

Fungsi Unit

Memperkenal , memperkembang dan mengintegrasikan perkhidmatan perubatan Tradisional dan Komplementari ke dalam sistem perkhidmatan yang sedia ada untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat  secara menyeluruh.

Skop Perkhidmatan

  1. Urutan Tradisional   Melayu
    • Pesakit Strok
    • Pengurusan Sakit Kronik
  2.  Akupuntur
    • Pesakit Strok
    • Pengurusan Sakit Kronik
  3. Herba Onkologi
  4. Perkhidmatan Urutan Ibu Selepas Bersalin
    • Urutan kesegaran/ penjagaan payudara
    • Urutan terapeutik