MEDICAL RECORD

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan berada di Aras 1,  Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, bersebelahan dengan Klinik Radioterapi/Ongkology.  Unit Rekod Perubatan  adalah kumpulan perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang bertanggungjawab menguruskan rekod-rekod  pesakit, pengumpulan data dan statistik  untuk Hospital Sultan Ismail dan Kementerian Kesihatan.

Unit pengurusan rekod terdiri dari:

  1. Pentadbiran
  2. Medico Legal
  3. Statistik
  4. Kualiti
  5. Penyimpanan dan pengurusan rekod

AKTIVITI DAN PROGRAM

    1. Pengurusan Rekod Perubata
      • Mengurus penerimaan rekod pesakit (BHT) dan x-ray
      • Merekod (tracking) rekod – rekod yang diterima untuk penyimpanan.
      • Menerima permohonan pinjaman rekod-rekod pesakit
      • Merekod pengeluaran rekod yang dipinjam.
      • Pelupusan rekod apabila cukup tempoh pelupusan.
      • Urusan borang-borang rekod perubatan. (Borang Statistik dan maklumat pesakit)
      • Menguruskan permohonan pengesahan sara ubat dan pembelian alatan perubatan
      • Menguruskan permohonan pengesahan rawata
    2. Perkhidmatan bagi permohonan dan penyediaan Laporan Perubatan
      • Menerima permohonan  daripada Peguam, Polis, Kwsp. Perkeso, Persendirian, Majikan, badan-badan kerajaan dll.
      • Merekod/mendaftar permohonan laporan perubatan
      • Urusan penyediaan laporan perubatan oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan/Lembaga Perubatan.
      • Penyediaan bayaran balik  laporan perubatan oleh doktor.
      • Urusan surat menyurat permohonan laporan perubatan.
      • Menguruskan sidang Jemaah Doktor Perkeso setiap bulan
      • Menguruskan permohonan Lembaga
      • Perubatan dari jabatan-jabatan dan majikan
    3. Statistik Rekod Perubatan
      • Mengumpul, menyemak  dan menyediakan statistic hospital untuk Pusat Informatik Kesihatan, JKN Johor dan Pejabat Kesihatan Johor Bahru.
      • Menyediakan maklumat klinikal
      • Melapor kes-kes penyakit berjangkit melalui E-notis
      • Sumber rujukan, penyelidikan, kajian dan pembelajaran.
      • Menguruskan notifikasi kanse
    4. Mengemaskini Rekod Pesakit.
      • Merging Data Pesakit (Merge MRN)
      • Laporan  pengemaskinian  rekod pesakit
    5. Koding  diagnosis kepada Borang Kemasukan Pesakit (PD301)
      • Koding  diagnosis (PD301)
      • Key in data  (PD301) setiap kemasukan pesakit ke wad.
    6. Key in data daily census PD 103 dari wad-wad.