/* */

GIVE BLOOD SAVE LIFE

blood donor

Kriteria Penderma Darah

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

    ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

   iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :

·         a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).

·         b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

·         c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.

·         d.Bertukar-tukar pasangan seks.

·         e.Mengambil dadah secara suntikan.

·         f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, 3 hari selepas datang HAID,dan  tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :

         a.Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.

         b.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

Penderma mesti membawa salah satu dokumen ASAL berikut :

WARGANEGARA MALAYSIA

BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis. Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
Lesen Memandu Passport
Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan dan gambar. Permit Kerja dengan nombor passport dan gambar
Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar. Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar
Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan.

Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran sebagai penderma darah :

WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Salinan Kad Pengenalan Salinan Passport
PATI
UNHCR
TIDAK Boleh membaca dan memahami borang pendaftaran penderma samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (penterjemah tidak boleh)

Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

  1. Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  2. Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  3. Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  4. Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.

Dalam masa 24 jam selepas menderma :-

  1. Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
  2. Elakkan minuman keras.
  3. Lebihkan meminum air
  4. Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
  5. Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai Perubatan Hospital sultan Ismail Johor Bahru di talian 07-3565000 sambungan 4146 / 4114.

Darah yang anda dermakan merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda menjadikan aktiviti  ini sebagai suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.

Penyimpanan & Kegunaan Darah

 Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:

Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.

Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate

Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet

Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:

√    Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah  merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.

√   Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.

√    Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.

√    Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.

√    Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:

Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.

Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.

Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.

Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.