/* */
TFA

BAHAYA ASID LEMAK TRANS

Category: Tips Pemakanan

Asid lemak trans terhasil daripada proses hidrogenisasi minyak sayuran iaitu penambahan molekul hidrogen ke dalam makanan yang menjadikan ia pepejal seperti di dalam marjerin. Proses ini sering dilakukan di dalam industri makanan bagi menambah kestabilan dan jangka hayat lemak tersebut serta meningkatkan rasa makanan. Asid lemak trans yang semula jadi juga terkandung di dalam produk susu dan hasil tenusu serta daging dalam kuantiti yang kecil hasil daripada proses biohidrogenasi melalui bakteria yang terdapat di dalam haiwan tersebut

Antara makanan yang tinggi kandungan asid lemak trans:

Pastri Donut
Marjerin Kek
‘crossaints Mi Segera
Donat Makanan segera yang bergoreng

 

Kajian mendapati bahawa makanan yang mengandungi asid lemak trans mempunyai risiko tinggi terhadap kesihatan seperti :

Meninggikan paras LDL (kolesterol tidak baik)  dan mengurangkan HDL ( kolesterol baik)
Meningkatkan paras trigliserida (TG) dalam darah

 

Paras LDL dan TG yang tinggi dan paras HDL yang rendah di dalam darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronori. Ia juga menyumbang kepada penyakit atherosclerosis, iaitu pengumpulan lemak (plak) di dinding arteri koronari yang boleh mengakibatkan sakit dada (angina ) dan sesak nafas. Jika berlaku sumbatan pada arteri koronari, individu tersebut akan mengalami serangan jantung manakala sumbatan yang berlaku di otak akan menyebabkan strok kerana kekurangan bekalan oksigen dan juga nutrien.

 

Langkah untuk mengawal pengambilan asid lemak trans secara berlebihan dalam diet seharian :

  • Sentiasa membaca label makanan yang terdapat pada bungkusan makanan.
  • Periksa senarai kandungan makanan tersebut. Elakkan produk yang mengandungi ‘hydrogenatedvegetable oils’ atau ‘partially hydrogenated vegetable oils’
  • Kurangkan lemak daripada pepejal (contoh : ‘shortening’ atau marjerin) dan gantikan dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kanola, etc
  • Kurangkan pengambilan makanan segera seperti kentang goreng, pastri, donat dan kek.
  • Pilih makanan yang seimbang dan sihat dalam diet harian.

 

Oleh itu, sentiasalah membuat pemeriksaan lemak darah secara rutin dan amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal kerana ia membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) di dalam kandungan darah.

Maklumat pemakanan ini diharap dapat membantu mengurangkan risiko ‘kesesakan’ lebuh raya arteri anda !

 

arteri 1arteri 2

Disediakan oleh:

Norlizawarni Jasmawardi

Pegawai Dietetik Hospital Sultan Ismail

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia