/* */
child receiving painkiller syrup

PENGIRAAN DOS UBAT DEMAM KANAK-KANAK- PARACETAMOL SUSPENSION

Category: Tips Ubat

pcm

Menurut Frank Shann 17th Edition 2017, dos ubat untuk Paracetamol ialah : 15mg/kg 4-6 hours, max 4g/day

 

Menurut Formulari Ubat KKM (Bluebook), dos ubat untuk Paracetamol ialah : CHILD: up to 1 year: 60 – 120 mg. 1 – 5 years: 120 – 240 mg. 6 – 12 years: 240 – 480 mg per dose. Repeat every 4 – 6 hours when necessary. Maximum of 4 doses in 24 hours.

 

Maka, pengiraan yang diambil ialah : 15mg/kg berat anak/dose

 

Jika berat anak ialah 8kg = 15mg x 8kg = 120mg

 

Di pasaran dan di HSIJB terdapat 2 jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml.
Penjaga pesakit perlu memastikan ubat dengan kekuatan yang diberikan sebelum mengambil ubat tersebut.

Bagi kekuatan 250mg/5ml
*5÷250 × 120mg*

 

perlu minum 2.4ml 4 kali sehari(maksimum) atau bila perlu apabila anak demam.

 

 

Bagi kekuatan 120mg/5ml
*5÷120×120mg*
perlu minum 5ml 4 kali sehari(maksimum) atau bila perlu apabila anak demam.

 

Penjaga perlu memastikan semua membuat pengiraan dengan dos yang betul agar ubat yg mencukupi berdasarkan berat anak dan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.

Ubat Paracetamol tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yg jauh dari capaian anak-anak.
Selepas botol dibuka, boleh digunakan sehingga 1 bulan. Penjaga digalakkan menulis tarikh buka pada botol ubat.
Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.