/* */
iStock_000037470210_Large

Perlukah pesakit bawa ubat sendiri ke hospital semasa jumpa doktor atau semasa kemasukan wad?

Category: Tips Ubat

Perlukah pesakit bawa ubat sendiri ke hospital semasa jumpa doktor atau semasa kemasukan wad?

Jawapannya PERLU & SANGAT DIGALAKKAN. Ubat sendiri termasuk ubat-ubatan yang diperoleh daripada pelbagai sumber, baik dipreskrib mahupun dibeli sendiri.

Sebab-sebab ia amat digalakkan:

  • Memberikan sejarah perubatan pesakit yang tepat

Pegawai perubatan boleh mendapatkan sejarah perubatan yang tepat dari ubatan sendiri yang dibawa pesakit. Ia akan membantu dalam proses mengenalpasti diagnosis penyakit yang betul.

  • Memastikan kesinambungan dalam penjagaan pesakit.

Ia dapat mengelakkan ubat-ubatan yang penting tercicir semasa pesakit mendapatkan rawatan di HSI.

  • Mengesan dan mengelakkan interaksi dan penggandaan ubat-ubatan (polifarmasi)

Ada kemungkinan ubat-ubatan daripada sumber yang berlainan

a) berinteraksi antara ubat atau

b) ubat terdiri daripada kategori yang sama, justeru, mengakibatkan penggandaan kesan ubatan.

Tanpa disedari, kedua-dua kemungkinan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan pesakit. Sekiranya semua ubat dibawa ke hospital, ia dapat disemak oleh pegawai farmasi dan mengelakkan daripada berlakunya kesan yang tidak diingini.

  • Menilai kesesuaian ubat-ubatan mengikut keadaan pesakit dan mengoptimakan penggunaan ubat-ubatan

Pegawai perubatan akan menilai dan mengubahkan regimen ubatan (dos, kekerapan, durasi dan keperluan ubat) mengikuti keadaan kesihatan pesakit yang terkini. Ini dapat memastikan pesakit mendapat regimen ubat yang paling sesuai dan mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak berkesan atau tidak diperlukan lagi.

  • Sebagai langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran

Pegawai farmasi akan menilai keadaan ubat dan memberi nasihat tentang penyimpanan/penggunaan ubat-ubatan demi memastikan ubat berada dalam keadaan optima dan tidak rosak sebelum tarikh luputnya.

Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh berhubung dengan Jabatan Farmasi untuk penjelasan yang selanjutnya.

Comments / Complaints / Appreciation/ Proposal

forklift certification online