Kanser Kolorektum

Category: Tips Cancer

PENGENALAN

Kanser kolorektum ialah kanser kolon (usus besar) dan rektum (hujung kolon). Kanser kolorektum juga dikenali sebagai kanser usus.

FAKTOR RISIKO

Kanser kolorektum mempunyai pelbagai faktor risiko. Kebanyakan kanser bermula dari polip (ketumbuhan bukan kanser) yang boleh berkembang menjadi kanser.

Faktor risiko untuk kanser kolorektum adalah termasuk:

  • Umur melebihi 60 tahun
  • Diet yang kaya dengan daging merah atau diproses
  • Diet rendah serat
  • Pernah menghidapi polip kolorektum
  • Pernah menghidapi kanser yang mempunyai genetik berkaitan (iaitu kanser¬†rahim, perut, usus kecil, pankreas, buah pinggang dan ovari)
  • Mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kanser kolorektum
  • Pernah menghidapi penyakit radang usus (kolitis ulser)
  • Merokok
  • Alkohol

risalah-kanser-kolorektum-frontrisalah-kanser-kolorektum-back

SUMBER: http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/list-penerbitan/36-risalah/349-kanser-kolorektum