10 LANGKAH MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG DIBENTUK WHO & UNICEF
- Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu. POLISI PENYUSUAN IBU MALAYSIA:Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan danmeneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
- MELATIH semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
- MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan.
- MEMBANTU ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ jam selepas kelahiran.Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1jam selepas kelahiran.Membantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan diberikan bantuaan sekiranya perlu.
- Memberi TUNJUKAJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.
- TIDAK MEMBERIKAN bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
- Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (“ROOMING IN”) bagi memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24jam sehari.
- MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.
- TIDAK MEMBERIKAN puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
- Menggalak PENUBUHAN kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.
PERKARA 11:
Pematuhan Tata Etika:Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
PERKARA 12:
Penjagaan mesra ibu (Mother Friendly Care);Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan penjagaan amalan mesra ibu.
PERKARA 13:
HIV:Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.